Sebelum ini kita dikejutkan dengan kes bapa pelajar memotong tangan seorang guru di Sadong Jaya, Kuching kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru itu memulas telinga anaknya.
Semalam pula, kejadian hampir sama berlaku di mana seorang guru tiba-tiba mengamuk dan bertindak membelasah empat pelajar tingkatan satu hingga cedera parah kira-kira 5 petang di makmal komputer sebuah sekolah.
Keempat-empat pelajar itu terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan. Salah seorang dari mereka mendakwa ditendang di bahagian muka oleh guru tersebut hanya kerana tidak membawa buku latihan.
"Akibat perbuatan guru tersebut, saya mengalami pendarahan di bahagian dagu dan dibawa oleh dua orang rakan ke bilik guru untuk membuat laporan."
"Saya sempat memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga sebelum mereka datang membawa saya untuk membuat laporan polis."
Manakala seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar perempuan memberitahu menerima nasib lebih teruk apabila guru terbabit bertindak lebih ganas menumbuk bahagian mukanya sebanyak lima kali.
Punca sebenar guru berkenaan mengamuk bagaikan dirasuk tidak diketahui namun pada hemat admin, mungkin dia sedang berdepan tekanan masalah peribadi yang lebih teruk.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment