Di fahamkan, Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah sebenarnya telah memuatnaik status dirinya yang akan menunaikan umrah dan sebagai tetamu Allah S.W.T., beliau sedia jika dipanggil ilahi ketika beribadah disana.
“As salamu'alaikum shbt2 tersyg. Hari ini saya sekeluarga akan ke Mekah utk menjalankan ibadah Umrah hingga 2 Mac. Saya sekeluarga memohon ampun & maaf kpd semua shbt jika ada salah & silap. Jika mendengar berita saya meninggal dunia, mohon sudi kiranya sedekahkan Al Fatehah utk saya. Saya juga tidak akan membuka FB selama di Mekah & Madinah. Mohon jgn hantar sebarang soalan sbb saya tak mampu nak respon. Saya cuba update status secara SCHEDULE. Moga Allah rahmati kita semua. Aamiin, wassalam.”
Umum mengetahui bahawa meninggal dunia ketika beribadah tambah lagi ketika berada di Tanah Suci Mekah merupakan satu keinginan dan penghormatan tinggi buat seseorang umat Islam.
Sebelum ini sekitar tahun 2005, pelakon Ismail Din telah meninggal dunia di sisi Kaabah sewaktu sedang beribadat dalam Masjidil Haram.
Dan menerusi status Dr Fadzilah Kamsah itu, dapat rasakan yang beliau sebenarnya sudah bersedia untuk segalanya dan mungkin siapa tahu, di sudut hatinya tertanam perasaan untuk mendapat kemuliaan dengan mati ketika beribadat di rumah Allah S.W.T
Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat pakar motivasi kita ini. Mohon segala ibadat dan doanya dimakbulkan Allah dan semoga dikalangan kita yang belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, dipermudahkan jalan untuk berkunjung ke sana.
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment