Seorang artis lelaki yang dilahiran melalui program realiti popular telah dicekup bersama tiga rakannya selepas dipercayai cuba menjual basikal curi sebelum perbuatan mereka dikesan polis yang melancarkan Op Cantas Khas.
Artis yang berusia 22 tahun itu ditahan bersama tiga rakannya jam 2.30 petang kelmarin di sebuah kafe di bandar raya ini bersama sebuah basikal jenis ‘Bianchi’ dipercayai barangan dicuri dalam kejadian di sebuah rumah di Kingfisher, Menggatal, dekat sini, Rabu lalu.
Dikatakan , semua suspek berusia antara 19 dan 27 tahun telah dikesan berada di kafe di Lintas sebelum mereka dihampiri sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
Sebaik sahaja memperkenalkan diri, semua mereka terkejut dan gagal meloloskan diri lalu telah ditahan.
Hasil daripada pemeriksaan , polis telah menemui beberapa barangan yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah.
sumber; http://braderpanas.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment