Rentetan daripada lakonan pelakon utama teater Bidasari, Nur Fathia Latif yang dilaporkan pengsan ketika menjayakan pementasan teater baru-baru ini, pengarahnya, Lokman Ghani mengatakan khidmat Fathia masih lagi diperlukan dan namanya tidak pernah disingkirkan oleh pihak produksi.
Menurut Lokman , dia menyatakan kemungkinan besar Fathia pengsan adalah disebabkan terlalu penat dengan jadual kerjanya yang begitu padat pada setiap hari .
Tambah Lokman lagi, Fathia dan kekasihnya Aiman Hakim Ridza masih lagi menerajui Bidasari dan pihaknya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang mungkin akan mereka hadapi.
Semasa malam pementasan di mana Fathia pengsan secara tiba-tiba itu, wataknya telah digantikan dengan pelakon gantian, Norlela namun Fathia tetap bersemangat untuk meneruskan lakonannya pada bahagian kedua teater tersebut kerana tidak mahu menghampakan harapan peminatnya.
Disebabkan ledakan drama hits Ariana Rose, nama Fathia kini turut sama naik sehinggakan dirinya menjadi rebutan ramai pengarah bagi menjayakan drama dan filem mereka .
Tak salah jika menerima tawaran yang datang, namun begitu kesihatan pun perlu dijaga kerana kalau jadi lagi masalah macam ni, tentunya ia akan menggangu kelancaran sesuatu program yang disertai oleh aktres tersebut .
sumber: http://braderpanas.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment