Amyra Rosli Bukan Punca Dazrin Kamrudin Tak Berdisiplin

on Wednesday 5 February 2014

Tempiasnya terkena juga, menerusi artikel web hiburan, Amyra Rosli menafikan beliau menjadi punca pelakon Dazrin Kamarudin yang juga merupakan tunangnya jadi tak berdisiplin dan sering lewat ke lokasi pengambaran drama "Miranda" arahan Along Kamaludian.

"Untuk pengetahun semua pihak, kami tidak pernah mencampur adukkan hal kerja dan peribadi. Masing-masing sibuk dengan kerja. Kalau berjumpa pun selepas habis kerja. Jadi, saya ingin tegaskan, saya bukanlah punca Dazrin tak berdisiplin seperti yang didakwa," ujar Amyra Rosli.

Dalam pada itu, Amyra juga enggan mengulas lanjut apa yang telah didakwa.

"Apa yang saya tahu, setiap hari dia pergi lokasi dan bukannya tak datang langsung. Pada saya hal ini boleh dibawa berbincang dan perlu saling bertolak ansur,"
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved