Pegawai Polis Cawangan Khas (SB) Maut di Tembak di Kepala

on Wednesday 5 February 2014

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dipercayai dari Cawangan Khas Bukit Aman ditemui mati terbaring selepas ditembak di kepala di tepi jalan di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan dalam kejadian petang semalam.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam yang melalui jalan berkenaan yang kemudian melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut, kira-kira jam 4.30 petang.

Pemeriksaan lanjut menemui mangsa berusia 37 tahun terbaring berdekatan sebuah motosikal Kriss miliknya dengan dua kesan kecederaan di kepala. Mangsa dilaporkan masih belum berkahwin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairy Ahrasa ketika ditemui berkata, siasatan menyeluruh bagaimanapun masih sedang dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kita masih menyiasat sama ada mangsa membawa senjata kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian," katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut menemui dua kelongsong peluru di sekitar lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved