Farid dan DianaAstro sahkan rancangan khas perkenal anak sulung Farid, Diana tidak diterbitkan
Sebelum ini, acap kali apabila ditanya mengenai tarikh atau majlis bagi memperkenalkan anak sulungnya kepada khalayak, pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil, meminta pihak media supaya bersabar kerana beliau akan melakukan perkara berkenaan secara eksklusif, menerusi sebuah program khas.
Selain mahu mendedahkan nama penuh cahaya mata lelaki yang kini dikenali sebagai Muhamad itu secara rasmi, program yang bakal diterbitkan secara kerjasama antara pihak Astro dengan Metrowealth juga dikatakan akan menyiarkan majlis akikah bayi terbabit, serta kenduri kesyukuran isteri tersayang, Diana Danielle, khatam mengaji al-Quran.
Tiada pengumuman rasmi
Bagaimanapun, hari berganti hari, tahun baharu juga sudah menjengah, status program itu masih menjadi tanda tanya.
Ketika ramai yang menantikan siarannya, hingga saat ini tiada pengumuman rasmi dilakukan.

sumber: http://www.bharian.com.my/
{ 1 comments... read them below or add one }
nk perkenalkan anak pn berprogram2 bgai,,,dh tak tau ker nk buat program ape..dh hbis modal....mcm org dalam istana la nk buat program bgai
22 January 2014 at 14:33
Post a Comment