Saya Sudah Minta Kebenaran Isteri – Awie

on Friday, 24 January 2014


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rock berbadan sasa ini? Selain berbakat besar dalam bidang nyanyian, namanya juga cukup sinonim dengan watak-watak hero yang menjadi igauan gadis era 90an. Filem Sembilu, Maria Mariana, Merah dan lain-lain lagi merupakan signifikan dalam kariernya.

Dalam perkembangan terbaru, Awie bersama Erra Fazira dan Ziana Zain bakal bergabung bagi menjayakan Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’ yang dijangka akan mengembalikan nostalgia era tersebut.

Namun, idea untuk bergandingan semula bersama Erra Fazira telah mengundang pelbagai pertanyaan. Adakah Awie dan Erra mampu kembali bersama sebagai pasangan kekasih di layar perak? Bagaimana pula dengan perasaan pasangan masing-masing?
Ketika ditemubual di sidang media konsert tersebut, Awie memberitahu bahawa dia sudah meminta kebenaran daripada isterinya, Rozana Misbun untuk bergandingan bersama bekas kekasihnya itu.

“Awal-awal lagi saya sudah berbincang dengan isteri mengenai perkara ini. Malah daripada mula idea ini tercetus saya sudah beritahu dia. Dia memang meminati Erra dan Ziana. Jadi, tiada masalah untuk saya bergandingan dengan mereka. Kami semua profesional.”

Sedia maklum akan timbul isu mengenai kisah silamnya dengan Erra, Awie mengatakan bahawa masing-masing kini sudah memiliki keluarga dan tujuannya mengadakan konsert tersebut adalah semata-mata untuk terus berkarya dalam industri di samping mengembalikan saat kegemilangan filem era 90an.


“Dalam kerjaya kena berlaku adil dan ada sikap keterbukaan untuk menerima dan memberi. Kalau kita boleh memberi satu persembahan seperti ini, kita perlu menerima apa yang mereka ingin katakan. Dan saya menerima apa sahaja kritikan yang baik mahupun yang buruk.”

Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’ bakal menampilkan kelainan dengan menggabungkan nostalgia daripada 5 buah filem box office iaitu Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Merah dan Tragedi Oktober’ dalam satu jalan cerita.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved