
Difahamkan, hubungan mereka semakin mesra setiap hari dan Kilafairy juga dilihat sering berkongsi foto bersama kekasihnya itu walaupun wajah Hardy tidak ditunjukkan secara terang-terangan.
Namun apa yang membuatkan para peminat lebih teruja ialah apabila pelakon itu secara tiba-tiba memuat naik sekeping foto di Instagram menunjukkannya sedang menghadiri kursus pra-perkahwinan semalam.


Menerusi respon yang diterima dari gambar tersebut, ramai peminat kelihatan gembira dan secara jujurnya tidak sabar menantikan hari bahagia Kilafairy.
Persoalannya kini, benarkah Kilafairy mahu berkahwin kerana jika tidak silap anak kepada Rohana Jalil ini pernah mengeluarkan kenyataan masih terlalu muda untuk mendirikan rumahtangga.
Namun apalah daya manusia untuk menolak sekiranya jodoh mereka telah tiba, betul tak? Untuk pengetahuan anda, Hardy pernah membintangi muzik video Kilafairy berjudul Pasti sekitar awal tahun lalu.
Jika benar seperti apa yang dicanang, tahniah diucapkan dan semoga perancangan Kilafairy untuk berkahwin akan dipermudahkan.
sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment