Salman Khan
DIKENALI sebagai antara aktor yang menerima bayaran tinggi, bapa Salman Khan iaitu Salim Khan mendedahkan dia hanya mengambil 10 peratus daripada setiap gaji yang diterima.
Menerusi laporan portal OneIndia, Salim berkata, baki gaji Salman itu akan terus disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan atau yayasan-yayasan sosial yang memerlukan dana.
"Dia sudah lama mengamalkan cara itu sejak memulakan kariernya di Bollywood lagi.
"Hanya 10 peratus wang gaji yang digunakan dan selebihnya akan disalurkan ke badan-badan amal," kata Salim.
Hal tersebut membuatkan ramai yang berkira-kira mengenai pendapatan Salman bagi setiap projek lakonan lebih-lebih lagi selepas aktor itu membeli sebuah kereta mewah bernilai jutaan ringgit.

sumber: http://mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment