JIKA sebelum ini Fizz Fairuz memuatnaik gambar ‘hantaran’ di laman Instagram hingga mengundang andaian yang tarikh pernikahannya semakin hampir, Almy Nadia pula memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan.
Mungkin kerana bimbang peristiwa silam berulang, pelakon ini lebih gemar membiarkan Fizz saja yang bercakap, memetik laporan Sinar Harian.
“Saya tak berani nak cakap lebih-lebih, nanti kalau tak jadi, saya juga yang malu. Malah, ibu saya juga berpesan supaya lebih berhati-hati bila bercakap.
“Malah, lebih baik diam kerana saya di pihak perempuan. Insya-ALLAH, kalau diizinkan Allah SWT, kami akan mengumumkannya nanti.
“Kalau ingin tahu lebih lanjut, Fizz yang lebih layak untuk menjawabnya. Lagipun, ia lebih manis jika Fizz sahaja yang bercakap,” katanya.
Bagi kami, tindakan Almy mendiamkan diri adalah sangat-sangat wajar.
Iyalah, sudah lumrah orang kita kalau ada perkara buruk yang melibatkan hubungan cinta, pasti wanita yang kerap dijadikan mangsa tomahan, tak gitu?
sumber:http://mrartis.blogspot.com/2014/01/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment