Pasangan Ditahan Di Sweden: Aisyah Luah Rintihan Di Facebook

on Sunday, 19 January 2014


KUALA LUMPUR: "Today (hari ini)(18 Jan), Adam kena marah kerana Fanta (Drink) (minuman)," rintih Aisyah, 14, anak sulung pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dalam entri terbarunya di laman sosial Facebook.

Menurut Aisyah, itu bukan kali pertama adik-adiknya dimarahi keluarga angkat itu, bahkan sudah berkali-kali.

Adam, 11, difahamkan mempunyai masalah Dyslexia iaitu gangguan dalam pembelajaran.

Ibu bapa kepada kanak-kanak itu Azizul Raheem Awalludin seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Disember dan tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa negara itu untuk siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak solat.


 

Pasangan itu mempunyai empat anak 7, 11, 12, dan 14 tahun dan kesemua kanak-kanak itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu sejak ibu bapa mereka ditahan.

Aisyah ketika dihubungi Bernama berkata, adiknya yang merupakan anak ketigapasangan Malaysia itu sememangnya sukar memahami arahan disebabkan penyakitnya itu, selain kurang fasih berbahasa Inggeris.

"Adam memang ada masalah untuk faham apa yang orang cakap sebab dia ada penyakit...tambah dia juga seorang yang hyperaktif. Dia juga ada masalah nakmembaca secara normal, yang dia nampak perkataan terbalik," katanya.

Beliau mendakwa sebelum ini, ibu angkatnya itu juga pernah memarahi adik bongsunya, Arif, 7, kerana tidak mengemas katil dengan teliti.

Keluarga angkat berkenaan didakwa semakin kerap memarahi anak-anak pasangan Malaysia itu selepas mereka mendapat tahu anak-anak itu mengadu kepada Khidmat Sosial Sweden Jumaat lepas mengenai layanan buruk oleh penjaga mereka itu.

Sementara itu, adik kepada Shalwati, Shaleena, 40 berkata beliau berharap anak saudaranya ditempatkan dalam keluarga angkat Melayu beragama Islam dari Malaysia.

"Saya kenal kakak saya, Kak Ti (Shalwati) is a good mother (seorang ibu yang baik), kalau mereka (Sweden) tahan dia dan dakwa dia buat something bad to the children (melakukan sesuatu yang buruk kepada anak-anaknya), saya harap kerajaan mereka lantik keluarga angkat yang boleh jaga anak-anak itu dengan lebih baik, bukan mereka yang diadu anak-anak saudara saya sekarang ini berbuat macam-macam kepada mereka," katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved