Kecoh bila peminat melihat tubuh Faezah Elai yang kurus melengkung seperti penghidap penyakit bulimia atau aneroxia sebelum ini dan dimuat naik dalam laman sosial Instagramnya.
Begitupun, Faezah menafikan dia sakit, sebaliknya menjalani rutin diet ketat, menyebabkan berat badannya turun mendadak.
Perkara itu terpaksa dilakukan kerana berat badannya naik mendadak selepas melahirkan anak sulung.
Dalam tempoh enam bulan saja, Faezah berjaya menurunkan berat badan.
Bagaimanapun, sewaktu bertemu pelakon berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu di majlis perkahwinan Penerbit Eksekutif Global Station, Zetty Adila Datuk Ramly, kita lihat badannya tidak lagi kurus seperti gambar dimuat naik sebelum ini.
Malah, dia nampak bertambah cantik dengan tubuh lebih langsing.
Berkongsi mengenai cara dia menjaga rutin diet dan mendapatkan berat badan ideal, jelas Faezah, setiap hari makanan yang disuap ke mulut akan dikira jumlah kalorinya.
Jelasnya, waktu peminat terkejut dengan berat badannya yang terlalu kurus itu, sebenarnya dia menjalani proses pengambilan kalori sebanyak 500 setiap hari, iaitu paling rendah.
Katanya, proses diet itu juga tidak berpanjangan dan kalori rendah diambil untuk tempoh beberapa hari sebelum ia dinaikkan semula sedikit demi sedikit sehingga mencecah jumlah biasa.
Sekarang ini, dia mengambil jumlah kalori pemakanan seperti biasa namun tidak boleh berlebih.
Apabila pengambilan dibuat seperti biasa, secara tidak langsung tubuh juga akan kembali normal.
Kata Faezah lagi, dia lakukan semua itu bukan kerana mahu cantik semata-mata, tetapi lebih kepada sihat.
Apabila tubuh kembali mengecil, ia secara tidak langsung menyenangkannya untuk bekerja.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment