Nur Fazura Senang Berkawan Dengan Randy

on Tuesday, 21 January 2014

Nur Fazura

Melihat gambar pelakon, Nur Fazura ketika bercuti di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, tentu ada yang tertanya-tanya siapa jejaka Mat Salih yang sering kelihatan bersama-samanya.

Kemesraan yang ditonjolkan dan kekerapan pelakon Gol dan Gincu itu memuat naik gambar lelaki bernama Randy Seidman itu membuatkan ramai yang menelah, pemuda botak dan berkaca mata itu ialah teman istimewanya.

Keterangan disertakan dalam gambar itu juga membayangkan ada sesuatu antara Fazura, 30, dengan Randy.

Enggan membiarkan perkara itu mencetuskan spekulasi lebih nakal, HIP membuka mulut bertanyakan soalan berkenaan kepada si empunya diri ketika bertemu Fazura pada malam gala tayangan filem lakonannya, Kami Histeria, di Mutiara Damansara, malam Rabu lalu.

Seakan sudah bersedia dengan soalan sedemikian, Fazura atau lebih mesra disapa Faz berkata, lelaki yang disangka ramai sebagai teman istimewa itu hanyalah kawan biasa.

“Saya akui kami memang rapat. Bagaimanapun, kalau rapat pun tidak bermakna kami bercinta.

Beliau bukan berkawan dengan saya saja, tetapi kami dalam kelompok kawankawan yang sama. Beliau juga mengenali pelakon, Sara Ali dan pembantu saya.
“Apa yang boleh saya katakan, saya sangat senang berkawan dengannya dan menghormati dirinya yang saya sifatkan sebagai bijak dan berwawasan. Saya ingin mencontohinya,” terang Fazura yang mula mengenali Randy sejak setahun lalu.

Cerita Fazura lagi, sepanjang sebulan berada di bumi Uncle Sam itu, Randy yang juga seorang deejay di kelab hiburan menatang dirinya bagai minyak yang penuh.
sumber: http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved