Luahan Sedih Suami Nurul Izzah Di Twitter

on Monday 27 January 2014


Tweet Syahdu Suami Nurul Izzah | BARU-BARU ini kecoh di alam siber berkenaan permohonan cerai yang dibuat Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Mereka berdua juga kemudiannya membuat kenyataan bersama berkenaan perasaan mereka yang masih mengutamakan ikatan perkahwinan dan untuk memastikan kelangsungan pernikahan pasangan itu.

Hari ini, di alam siber telah tersebar beberapa rangkaian tweet dari suami Nurul Izzah tentang perasaan rindunya kepada isteri dan anak-anak.

“Mulanya duka kini lara, teman tiada hanyalah sendu, bila rindu mula membara, itulah tanda cinta padu.

“Mendoa mengenang arwah tok yan, bertongkat dagu membawa diri, mata mengantuk mahu dilayan, mengharap rindu si tuan puteri,” kata Raja Shahrir syahdu dalam tweetnya.
Antara tweetnya yang lain turut berbunyi seakan mengadu rindu kepada Nurul Izzah sambil merenung bulan.

“Bulan purnama menerangi malam yang dingin di Kerteh, tidak dapat mengubati rindu kepada isteri dan anak-anak,” katanya.
Semua tweet berkenaan dilihat dibuat pada bulan Disember lepas pada tarikh selepas Nurul Izzah memfailkan permohonan cerai di mahkamah pada 26 Disember lepas.

Raja Shahrir pula dilihat telah menerima permohonan Nurul Izzah itu pada 16 Januari lepas dan memohon penangguhan selama dua minggu bagi membuat persediaan kesnya.
Difahamkan kes kedua-duanya akan disebut semula 18 Februari depan.
sumber: http://www.mazeermohamad.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved