Hafiz Suip dikritik peluk bahu Jaclyn Victor di AJL 28

on Monday 27 January 2014


Pelantun lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip telah dinobatkan sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-28 malam tadi, seterusnya mengakhiri penantian beliau sejak empat tahun lalu untuk bergelar juara.

Selain beliau, Jaclyn Victor turut mencuri tumpuan apabila berjaya merangkul trofi persembahan vokal terbaik, merampas gelaran tersebut yang dimenangi Hafiz Suip tiga tahun berturut-turut. Tahniah buat kedua-dua mereka.

Berkongsi kegembiraan bersama peminat, Hafiz AF telah memuatnaik sekeping gambar bersama Jaclyn Victor di laman Facebook. Gambar itu dikritik segelintir peminatnya yang agak berfikiran sempit kerana tidak senang dengan tindakan Hafiz memegang bahu kiri Jaclyn Victor.
Apa kata korang tentang gambar yang dikongsikan penyanyi kelahiran Sarawak itu?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved