Jaclyn Victor Beri Sebab Bawa Kawan-Kawan

on Monday 27 January 2014

Selepas tiga tahun berturut-turut Hafiz Suip mendominasi kategori Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi kelahiran Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor berjaya merampas trofi kategori terbabit menerusi lagu 'Ikut Rentakku' dalam AJL 28 yang berlangsung pada Ahad di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurut penyanyi yang mesra dengan panggilan Jac ini, dia langsung tidak menjangkakan sebarang kemenangan dalam AJL 28 kerana dia membawakan lagu tempo pantas, berlainan dengan penyertaan-penyertaannya sebelum ini.

"Sejujurnya, pada mulanya saya enggan berfikir banyak dalam penyertaan kali ini. Jika sebelum ini saya hadir di pentas AJL membawakan lagu-lagu rentak balada dan perlahan, ini kali pertama saya datang dengan lagu berentak rancak. Saya tidak mengharap apa-apa pun, saya cuma mahu berhibur di atas pentas sahaja," ujar Jac ketika ditemui di sidang media usai AJL 28.

Mengulas mengenai pembabitan Salamiah Hassan, Dina Nadzir, Adibah Noor, Atilia dan Elvira Arul dalam persembahannya, semuanya bermula menerusi hasil perbincangan Jac dengan Edry Abdul Halim selaku komposer lagu ini.

"Ketika saya sedang melakukan muzik video lagu ini, Edry datang dan membincangkan mengenai apakah yang ingin dilakukan untuk persembahan saya pada AJL 28 nanti. Saya mahu perkara ini jadi sesuatu yang 'fun', jadi datanglah cadangan untuk menjemput rakan-rakan penyanyi yang saya sanjung dan hormat. Mereka merupakan teman saya dan lagu ini juga sangat sesuai dengan mereka kerana mereka adalah wanita yang kuat," ujar Jac lagi.

"Terima kasih saya ucapkan kepada mereka, saya tidak tahu bagaimana mahu membalas jasa mereka atas kesudian mereka. Saya ingatkan mahu menyanyi bersama-sama dengan mereka, namun mereka 'menolak' saya ke hadapan kerana mereka katakan ini adalah pertandingan dan ini merupakan lagu saya. Saya akui lagu ini susah, tetapi kemenangan ini berbaloi dan saya rasa sangat bertuah," tutur pelantun lagu 'Gemilang' ini.

Ketika ditanya apakah perasaannya dapat memenangi kembali anugerah tersebut setelah kali terakhir dia merangkulnya pada tahun 2007 dan kejayaannya memecahkan penguasaan Hafiz selama tiga tahun, Jac menjelaskan yang dia rasa bersyukur.

"Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat. Saya rasa sangat bersyukur atas anugerah ini. Saya tidak meletakkan sebarang harapan langsung. Orang lain pun tidak menjangkakannya kerana saya menyanyikan lagu rancak. Semua yang tercalon hebat, jadi tugas juri sangat sukar. Saya rasa gembira sekali," ulas Jac mengakhiri perbualan.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved