Arak Diperbuat Dari Najis Gajah Popular di Jepun.

on Monday 27 January 2014


Arak Najis Gajah Manis laris di Jepun. Sebuah syarikat minuman alkohol di Jepun, Sankt Gallen melancarkan produk minuman baru. Selepas, Chocolate Beer istimewa Valentine, kini giliran arak kopi najis gajah yang menjadi popular.

Saat pelancaran di awal bulan April, arak kopi najis gajah terus terjual habis dalam masa beberapa minit.

Arak yang diberi nama Un Kono Kuro ini dihasilkan daripada kopi yang dibuat dari najis gajah. Selama dalam pencernaan gajah inilah aroma kopi "diperkaya". Diperlukan 15-30 jam untuk mencerna biji, yang berada di dalam perut gajah, bersama makanan seperti pisang, tebu, dan bahan-bahan lain.

Kopi yang dinamakan Black Ivory ini, seterusnya diperam hingga menghasilkan alkohol. Arak ini juga mempunyai warna hitam pekat seperti minuman kopi .

Untuk rasa, Un Kono Kuro mempunyai campuran rasa pahit dan manis.




sumber: zamrispoon
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved