Ibu Johan As'ari nekad mahu Shila Amzah jadi Isteri anaknya

on Wednesday, 22 January 2014



Ibu Johan As'ari nekad mahu Shila Amzah jadi Isteri anaknya - Nampaknya, ibu Johan As’ari masih berharap Shila Amzah akan jadi menantunya kelak. Buktinya, hubungan penyanyi itu dengan ibu Johan As’ari semakin erat sejak akhir-akhir ini.
Malah ada yang mengatakan ibu pelakon itu tetap mahu memilih Shila sebagai menantunya pada masa depan.

Menolak untuk terus dikaitkan dengan Johan, jujurnya Shila mengakui dia selesa untuk hanya dikenali sebagai anak angkat kepada ibu pelakon tersebut. Dia tidak mahu memberi sebarang harapan akan ada hubungan intim dengan jejaka tersebut lagi.

"Tidak mengapalah saya teruskan hubungan dengan keluarganya. Lagi pun memang kami sudah lama rapat, ia adalah hubungan antara keluarga juga."

Bagaimanapun diuji dengan soalan seandainya jodoh masa depannya adalah dengan lelaki itu, Shila dengan memberikan jawapan yang memperlihatkan sisi kematangannya.

"InsyaAllah tidak akan ada (perkahwinan). Saya lebih selesa menjadi anak angkat keluarga dia sahaja."
sumber: CERITA KOSONGKU
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Julia said...

ye la sebab sopan bertudung..tak mesti seksi hati tak baik...nanti dibuat nye lana pn berubah bila nikah nanti mcm mne


22 January 2014 at 17:08

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved