
KADANG-KADANG kontroversi yang terpalit pada seseorang artis mungkin berpunca daripada sikap keterlaluan para peminat mereka sendiri.
Sebagai contoh, pelakon Fazura kini dikatakan ‘berperang dingin’ dengan sekumpulan wartawan berikutan tindakannya memuatnaik gambar artikel brsama wajah seorang wartawan yang silap mengeja nama arwah bapanya, Sharifuddin Adnan melalui akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan peminat fanatik mengecam wartawan itu seolah-olah dia telah melakukan kesalahan yang maha besar sehingga bertindak mencemuh dan memakinya.
Lebih hebat lagi, ada yang turut menyenaraikan senarai etika kewartawanan melalui ruang komen pada gambar tersebut.
Segelintir wartawan lain yang cuba mempertahankan wartawan tersebut turut mendapat cemuhan daripada para peminat sehingga berlaku ‘perang komen’ antara mereka.
Menerusi Harian Metro, Fazura telah memberikan penjelasan yang berbunyi:
“Dengan jelas menerusi ‘timeline’ Instagram milik saya, saya ada menyebut saya sekadar mahu memperbetulkan kesilapan ejaan nama arwah bapa saya yang ditulis Shamsudin, itu saja. Ini bukan kali pertama kesilapan ejaan nama arwah bapa saya berlaku di akhbar berkenaan.
“Walau bagaimanapun, saya langsung tidak berniat hendak memusuhi penulis terbabit, syarikat penerbitannya mahupun wartawan hiburan yang lain.
“Saya kira maklum balas daripada pelbagai pihak ini, membuktikan artikel berkenaan dibaca oleh ramai orang. Jadi saya fikir saya harus memperbetulkan kesilapan yang berlaku di akaun Instagram milik saya supaya pengikut saya yang membaca artikel itu, tahu bahawa Shamsudin bukanlah nama sebenar bapa saya.
“Nama arwah bapa saya adalah Sharifuddin. Saya merasakan perlu untuk saya membuat pembetulan ini untuk tidak menimbulkan kekeliruan.
Saya percaya kalaulah arwah bapa masih hidup, dia pasti kecil hati anak perempuannya berbintikan orang lain. Pokoknya niat saya hanya untuk memperbetulkan kesilapan ejaan nama arwah bapa, itu saja.
“Saya sendiri tidak me-nyangka ia akan menjadi isu yang besar apabila pengikut-pengikut di Instagram, memberikan pelbagai reaksi sehingga menimbulkan perang mulut antara mereka dan pihak wartawan hiburan yang turut memberikan komen,” jelasnya.
Rasanya perkara ini takkan berlaku jika semua pihak lebih bertenang dan tidak mengeluarkan kata-kata berunsur makian.
Nama pun manusia, pasti ada salah dan silapnya. Tak pasal-pasal, artis pula yang terpaksa bersoal-jawab dengan pihak media.
sumber: http://mrartis.blogspot.com/2014/01/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment