Berpakaian Ketat, Yunalis Zarai di Kritik Peminat

on Wednesday, 22 January 2014

Pemakaian Yunalis Zarai atau Yuna dipertikaikan lagi. Kali ini disebabkan pakaiannya yang dikatakan agak ketat dan tidak sesuai sebagai seorang wanita muslim yang bertudung.

Malah turban yang menutup kepalanya juga yang dianggap tidak sempurna sebagai seorang muslim. Ini kerana, melalui foto terbarunya, Yuna telah memakai baju lengan panjang baldu separa yang melekap di badan dan bergaya dengan tiub hitam didalam dan berseluar panjang serta berturban.

Akibatnya, ramai peminat Yuna bertikam lidah di Facebook miliknya gara-gara tidak gemar dengan pakaian Yuna yang dianggap terlalu ketat untuk wanita bertudung. Selain komen, timbul juga hukum hakam dalam Islam oleh segelintir pihak yang memberi pandangan/pendapat mereka secara ikhlas.

Dalam hal ini, rasanya mereka semua menegur kerana mereka sayangkan Yuna. Sebab kalau tak sayang, pastinya mereka biarkan sahaja tanpa mengambil peduli. Tak gitu?
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved