Nelydia Senrose berkata, isu tersebut juga tidak menjejaskan hubungannya dengan pelakon itu yang kini kedua-dua mereka sedang menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
"Saya percaya itu bukan satu isu yang besar kerana semuanya sudah kami selesaikan.
"Setakat ini hubungan kami baik dan boleh menjalani penggambaran bersama dengan memberi komitmen yang tinggi terhadap drama ini," katanya lagi.
Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad selepas kontroversi kekasihnya, Qi Razali cemburu dengan gambar mesra meraka ketika penggambaran drama tersebut.
Tambah Nelydia, dia hanya berurusan dengan pelakon tersebut berkaitan dengan urusan kerja semata-mata. Sementara itu, mengulas tentang drama tersebut, Nelydia berkata, dia memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penggambaran 40 episod itu.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment