Aiman Hakim Redza Buat Masalah Lagi?

on Tuesday 31 December 2013

Sejak Aiman Hakim Redza mula dikenali menerusi drama bersiri Vanilla Coklat, pernah juga beberapa kali dirinya dikaitkan dengan kontroversi melibatkan masalah disiplin. Namun semuanya dinafikan.

Terbaru, Aiman sekali lagi dikhabarkan buat perangai apabila pelakon yang digosipkan bercinta dengan Nur Fathia ini dipercayai menarik diri dari menyertai perlawanan amal bola sepak antara Malaysian Artist Sports Club (MASC) dengan pasukan Lavester di Sabah.

Menurut sumber-sumber terapat, ahli-ahli MASC yang mengambil bahagian sepatutnya berlepas ke Labuan pagi tadi namun kelibat Aiman dikatakan langsung tidak kelihatan.

Malah panggilan telefon yang dibuat beberapa kali juga tidak diangkat sebelum pengurusnya menjawab dengan memberitahu bahawa Aiman tidak mahu pergi.

Ada 15 orang artis pergi, banyak nama besar. Tapi dia yang tak seberapa ni buat hal. Bagi jawapan tak nak pergi. Bukan dia jawab pulak tu, tapi suruh PA yang jawabkan. Kalau tak nak pergi bagitaulah awal-awal.

Alasan tersebut dianggap tidak masuk akal dan disifatkan sebagai biadab oleh sumber berkenaan memandangkan tiket kapal terbang dan penginapan sudah disediakan selain pelbagai promosi telah dibuat.

Lebih merisaukan sekiranya peminat dan penganjur perlawanan amal ini menganggap MASC tidak serius apabila artis yang dijanjikan tidak hadir.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved