SHILA AMZAH TIDAK MATANG - JOHAN AS’ARI

on Saturday 30 November 2013


Johan As’ari kini dilaporkan bersedia mendirikan rumah tangga bersama Lana Nodin. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu. Tindakan Shila Hamzah menunjukkan kekecewaan di laman sosial miliknya membuatkan peminat berteka-teki.

Shila Amzah 'block' akaun Instagram dan media sosial yang lain telah mendapat ulasan Johan.
“Bagi saya dalam hal sebegini Shila Amzah menunjukkan sikap yang tidak matang. Apa yang boleh saya katakan dia dah pun block akaun Instagram saya dan juga akaun media sosial yang lain. Saya pun tidak pasti kenapa dia bersikap demikian,” 
katanya yang dipetik menerusi portal Buahmulut.

Johan juga dikatakan pernah mengeluarkan kenyataan di akhbar bahawa dia hanya menganggap Shila sebagai adiknya sahaja dan tidak lebih dari itu.

Mengulas mengenai calon isterinya Lana Nodin, pelakon berusia 27 tahun itu menjelaskan keluarganya tidak pernah membenci Lana berkaitan isu mengatakan keluarganya tidak bersetuju dengan pilihannya itu.


“Mereka bukan tidak bersetuju dan membenci Lana tapi keluarga saya suruh kami berkawan dulu dan kenal hati budi masing-masing sebab perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main-main,” katanya lagi.
Ketika menghadiri majlis Anugerah Skrin 2013 semalam, pasangan ini kelihatan bersama dan Lana kelihatan sopan, tidak seperti imej sebelum ini, seksi!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved