Makanan Untuk Kulit Sihat

on Tuesday 5 November 2013

Nak kulit sihat cuba makan makanan ni.

1.Oren.

Oren mengandungi limonene (senyawa kimia ekstrak kulit oren).Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 470 lelaki dan perempuan,didapati bahawa senyawa kimia ini mampu mengecilkan risiko kanser kulit sehingga 34% .Limonene banyak terdapat pada kulit oren, bahagian dalam dan luarnya.Senyawa ini mampu melawan molekul senyawa yang tidak stabil (radikal bebas) akibat radiasi dan merosakkan tubuh .Untuk mendapatkan manfaatnya ,kulit oren boleh diadun menjadi kek dan kuih ataupun dicampur dalam teh suam.




2.Teh hijau.

Teh hijau bermanfaat untuk kesihatan kulit kerana kandungan antioksidan yang terdapat di dalamnya iaitu epigallocat-echin gallate atau EGCG .EGCG merupakan sejenis senyawa yang kebiasaannya terdapat pada daun teh hijau tetapi tidak pada teh hitam.Menurut kajian EGCG ini mampu menghentikan kerosakan genetik pada kulit manusia akibat paparan sinar uv yang berlebihan .Selain itu ,zat ini juga berguna untuk menghalang pertumbuhan sel kanser kulit.




3.Lobak dan sayuran berwarna merah.

Lobak dan sayuran berwarna merah .kuning dan oren mengandungi karotenoid (zat yang memberi warna merah semulajadi pada sayur-sayuran dan buah-buahan yang diketahui mampu mengurangkan risiko kulit terbakar oleh sinar matahari.Kandungan beta karoten berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang proses penuaan pramatang .Selain itu,ia juga mampu mencegah dan menghalang pertumbuhan sel kanser pada kulit.




4.Salmon.

Salmon merupakan sumber terbaik asid lemak omega 3.Kandungan asid lemak omega 3 terbukti berkhasiat untuk melawan perubahan DNA sel-sel kulit yang akan berubah menjadi sel kanser.Selainitu,minyak pada ikan membantu mengurangkan maslah kulit terbakar.


5.Bayam.

Sayur yang mempunyai daun berwarna hijau gelap seperti bayam ,salad dan lain-lain ternyata mengandungi banyak zat antioksidan .Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam bayam dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin mampu menghalang pertumbuhan sel-sel perosak yang pertumbuhannya dirangsang oleh sinar UV dalma tisu kulit.



6.Walnut

Sama seperti salmon ,walnut mengandungi banyak asid lemak penting omega 3 yang membantu mengatasi kulit terbakar disebabkan paparan sinar matahari .Selain itu walnut juga mengandungi sel radikal bebas dan pertumbuhan sel kanser dengan cara menguatkan sistem kekebalan tubuh.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved