Tahniah, Harith Iskander Timang Anak Kedua, Bayi Perempuan

on Saturday 5 October 2013

Harith Iskander menerusi akaun Twitter hari ini telah berkongsi berita gembira buat semua peminat akan kehadiran orang baru yang kedua dalam keluarga beliau bersama isteri, Jezamine Lim.


Menurut info dilaman Instagram Harith, isteri beliau telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 11.26 pagi tadi dan tiada maklumat lanjut setakat ini.

“This little girl arrived at 11:26am. My wife is a champion,” itulah paparan status pada Instagram Harith Iskander.

Tahniah buat Harith Iskander dan Jezamine Lim sekeluarga atas kelahiran orang baru ini. Semoga dengan kehadiran orang baru ini bertambah murah rezeki buat Harith dan keluarga. Sebelum ini, Harith dan isteri dikurniakan seorang anak lelaki bernama Zander Xayne Iskander. Apapun, jom tengok beberapa lagi gambar menarik keluarga Harith Iskander.





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved