Gempar : Kapal Selam Timbul Di Tengah Bandar Milan

on Saturday 5 October 2013


Penduduk Bandar Milan, Itali telah digemparkan sebuah kapal selam timbul di tengah jalan raya pusat bandar tersebut. Cukup mengggemparkan, bagaimana kapal selam besar itu tiba-tiba sahaja menonjol timbul di tengah-tengah jalan raya menyebabkan jalan pecah dan rosak teruk.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semua pengguna jalan di sekitarnya, baik pejalan kaki, penunggang motosikal dan kereta hanya terkejut dengan peristiwa ini. Mereka semua cukup hairan bagaimana semua ini boleh terjadi.


Sebenarnya kejadian di Jalan Via dei Mercanti berhampiran pusat Bandar Milan ini hanyalah sebuah gimik sahaja. Ia adalah aksi sebahagian daripada promosi dan iklan dari sebuah syarikat insurans.

Sekilas pandang, lokasi kejadian kapal selam tersebut seperti real punya. Jalan raya ibarat laut, ketika kapal selam ini muncul di atas permukaan laut, maka jalan raya terus retak dan pecah di sana sini.


Syarikat teknologi Europ Assistance IT sebenarnya yang merancang konsep kapal selam ini. Mereka seloah-olah membuat sebuah kapal selam terdampar di jalan raya. Namun sebenarnya ada mesej yang ingin disampaikan oleh pihak pengiklan atau syarikat insurans.

Mereka sebenarnya ingin menyatakan, sebuah bencana atau musibah boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja. Jadi amat perlu kita semua untuk miliki insurans nyawa atau kenderaan. Tapi adakah bencana seperti ini mungkin berlaku di dunia ini? Agak-agaknya kapal selam ini dari mana yek?… Wassalam

Sumber : Sidominews
Via: news.google.com

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved