Kim Kardashian Kongsi

on Tuesday 8 October 2013

SELEPAS beberapa bulan kelahiran anak sulungnya, bintang realiti Kim Kardashian akhirnya memuat naik gambar anaknya di laman sosial untuk tatapan peminat.

Kim Kardashian. Foto mStar Online

Bintang realiti yang terkenal menerusi siri Keeping Up With The Kardashian itu berbuat demikian pada Sabtu lalu menerusi akaun Instagram miliknya.

Kekasihnya iaitu Kanye West pernah memuat naik gambar bayi mereka yang diberi nama North West itu di Instagram pada bulan lalu.

Anak kepada Kim dan Kanye iaitu North West. Foto mStar Online.

Menerusi gambar terbaharu itu, bayi yang dipanggil Nori itu semakin comel dan ramai peminat berpendapat wajahnya mirip ibunya.

Dalam pada itu, masih belum ada perkhabaran tentang tarikh perkahwinan pasangan itu yang dilaporkan akan diadakan dalam masa terdekat.

Sumber : mstar.com.my

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved