KERETA PERONDA POLIS NEW DELHI TERBAHARU

on Thursday, 3 October 2013

Di Dubai kereta mewah digunakan sebagai kereta peronda polis bagi menunjukkan status Dubai sebagai bandar pembaziran harta duniawi sebenar. Di New Delhi pihak polis mereka mengambil langkah berbeza. Mereka menggunakan kereta paling murah di dunia iaitu Tata Nano sebagai kereta peronda terbaharu mereka. Tata Nano yang diubahsuai ini digunakan oleh unik pencegahan jenayah terhadap wanita dan kanak-kanak. Umum kita ketahui di India masalah cabul semakin serius dan unik peronda dengan kereta yang kecil sebegini diharap dapat mengurangkan kadar jenayah. Kerana saiznya yang kecil ianya juga praktikal digunakan memandangkan jalanraya di New Delhi terkenal dengan kesesakannya. Tata Nano edisi polis ini juga dilengkapi dengan sistem bantuan kecemasan mobil. Murah dan comel! Mungkin di Malaysia boleh gunakan konsep yang sama. Next time kereta polis kena terbalik oleh demonstran jalanan kos kerosakan pastinya lebih murah .



Sumber : IndianAutosBlog
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved