Ibu Paksa Khloe Bercerai?

on Thursday, 3 October 2013


Khloe Kardashian

IBU kepada Khloe Kardashian, Kris Jenner dilaporkan memaksa anaknya untuk bercerai dengan bintang bola keranjang, Lamar Odom bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Daily Mail melaporkan, Kris menyuruh anaknya itu menamatkan krisis rumah tangga mereka kerana tidak mahu mempengaruhi reputasi keluarga itu.

“Kris telah memaksa Khloe untuk bercerai dan merasakan itu adalah keputusan paling tepat yang patut dilakukan.

“Tambahan pula dia tidak mahu masalah mereka berdua akan merosakkan masa depan adik-beradiknya yang turut terlibat dalam dunia hiburan,” kata sumber terdekat keluarga itu.

Khloe dan Lamar dilaporkan sudah tidak tinggal sebumbung selepas beberapa wanita tampil memberitahu lelaki itu bersikap curang selain terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Namun, pasangan itu mengambil sikap berdiam diri daripada berbicara mengenai tuduhan itu dan Khloe dilaporkan enggan bercerai dan mahu menyelamatkan perkahwinan mereka.

Khloe yang juga kakak kepada Kim Kardashian popular selepas muncul dalam siri Keeping Up With The Kardashian Show dan program berkenaan mendapat sambutan hangat dan menjadikan mereka popular di seluruh dunia.

Kris Jenner

Sumber : Forum Cari
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved