Kamal Adli diberitakan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan aktres Intan Ladyana kerana merasakan kedudukan beliau kini lebih stabil untuk membina keluarga.
"Saya dah bersedia untuk kahwin dan kami (dengan Intan) ada berbincang mengenai perkahwinan.
"Alhamdulillah saya sudah memiliki rumah dan kereta untuk keselesaan Intan nanti. Cuma tinggal satu perkara sahaja lagi iaitu saya mahu membuka tempat bermain futsal sebelum kami mendirikan rumah tangga," katanya.
Kamal Adli atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, berkata, setakat ini dia sudah pun memiliki aset seperti rumah sendiri dan kereta namun ingin melunaskan satu lagi hasrat iaitu membuka gelanggang futsal sebelum membuat keputusan menyunting kekasihnya itu.
Tambah Kamal, dia merancang akan membuka gelanggang futsal tersebut di sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) pada akhir tahun ini atau awal tahun 2014 bersama seorang rakan kongsinya.
Dalam pada itu, dia juga gembira apabila pihak media semakin kurang bertanyakan mengenai kisah cintanya.
"Saya seronok sangat apabila kami dah tak lagi dikaitkan dalam mana-mana berita mahupun gosip. Yalah... lagipun semua orang dah tahu mengenai perhubungan ini.
"Orang mesti kata 'dia orang tunggu masa nak kahwin saja'... Itu yang mereka dah tak banyak cakap fasal kami. Tetapi macam mana pun kami tetap tidak boleh lari daripada persoalan, 'bila nak kahwin?'," selorohnya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment