Bumbung luar pasar raya di Kuala Berang runtuh

on Wednesday, 2 October 2013

 
Beberapa pekerja menanggalkan papan iklan selepas runtuh bersama atap kaki lima sebuah pasaraya di Kampung Batu 24, Kuala Berang hari ini. - Foto Bernama

KUALA BERANG - Bumbung kaki lima Pasaraya Xiri di Batu 24 Jalan Kuala Berang di sini runtuh akibat angin kencang dan hujan lebat hari ini.

Kejadian pada pukul 5.20 petang itu turut menyebabkan papan tanda utama pasar raya berkenaan yang terletak di atas bumbung itu runtuh.

Tiada kecederaan dilaporkan, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Mohd Zazuli Badru.

"Berdasarkan siasatan awal, bumbung bahagian kali lima di luar pasar raya itu yang diperbuat daripada besi sepanjang 65 meter runtuh dipercayai akibat angin kencang dan hujan lebat," katanya kepada pemberita di sini.

Seorang pekerja di pasar raya itu Yusof Che Ali, 57, berkata ketika kejadian terdapat kira-kira 100 orang termasuk pelanggan, pekerja dan peniaga dalam pasar raya itu.

"Masa tu hujan lebat dan angin kencang, saya dengar bunyi runtuhan di luar dan segera keluar dari pasar raya. Saya nampak bumbung kaki lima sudah runtuh," katanya. - Bernama
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved