Avril Lavigne tinggalkan imej punk?

on Wednesday 9 October 2013

Avril Lavigne bersama suaminya, Chad Kroeger. 

AVRIL Lavigne dan imej punk bagai tidak boleh dipisahkan lagi. Sejak awal kemunculannya menerusi lagu Skater Boy, Avril sudah membawa imej punk sehinggalah dia berkahwin. 

Namun, berbeza pada majlis Anugerah Huading yang diadakan di Macau, China kelmarin, Avril mengejutkan ramai dengan penampilannya yang lebih feminin. 

Biarpun tidak dapat lari dari celak pada bahagian mata, namun Avril tampak anggun menyarungkan busana dari Brian Rennie For Basler dengan solekan yang lebih minima sekali gus menyerlah kecantikan asli wajahnya sambil jalan berpegangan tangan bersama suaminya, Chad Kroeger di karpet merah. 

Pada majlis tersebut, Avril menerima anugerah Penyanyi Global Terbaik yang mengiktiraf semua karya muziknya selama ini. 


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved