Artis Kurt Cobain Sewaktu Kanak-Kanak Dan Kediamannya

on Monday 7 October 2013


WASHINGTON - Peminat vokalis utama kumpulan Nirvana, mendiang Kurt Cobain bukan sahaja boleh membeli album 'super deluxe' Nirvana, malah mereka boleh memiliki rumah tempat Cobain membesar sempena ulang tahun Nirvana pada bulan ini. 

Ibunya, Wendy O'Connor sedang berusaha untuk menjual rumah dua tingkat yang terletak di barat daya Seattle pada minggu ini.

Bagi membantu ia lebih mudah dijual, keluarga Cobain menawarkan kehidupan awal bintang muzik itu menerusi beberapa keping foto yang dirakam di dalam rumah berkenaan. Antaranya ialah gambar

Cobain yang masih muda tersenyum sambil memegang gitar di dalam biliknya yang bersepah. 

Rumah tersebut yang sebelum ini bernilai AS$67,000 (RM214,982) kini ditawarkan pada harga AS$500,000 (RM1.6 juta). Keluarga mendiang juga mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk menjadikan rumah itu sebagai muzium.

"Kami membuat keputusan untuk menjual rumah ini untuk mewujudkan satu legasi untuk Kurt. Ya. Perasaan kami bercampur-campur kerana kami semua sayangkan rumah ini dan ia mempunyai banyak kenangan manis," kata kakak Cobain, Kim Cobain dalam satu kenyataan menerusi e-mel.

Kim juga memberitahu, keluarganya telah berpindah dari Washington. Jadi, mereka rasa sudah tiba masanya rumah itu dijual.

Ibu bapa Cobain membeli rumah tersebut pada tahun 1969 ketika Kurt berusia dua tahun. Dia tinggal di situ sehingga berusia sembilan tahun dan ibu bapanya bercerai. 

Cobain membunuh diri pada usia 27 tahun ketika kejayaan kumpulan muzik grunge itu berada di kemuncaknya. - AP/kosmo











Sumber : dairishare
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved