Jarak Usia Bukan Penghalang Cinta - Nelydia Senrose

on Sunday, 22 September 2013

Bukan mudah memuaskan hati semua orang apabila bergelar anak seni. Ada saja cerita diperbesarkan walaupun ia perkara kecil, apatah lagi kisah cinta.


Itulah yang dilalui pelakon yang kian menempa nama, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen atau lebih nama pentasnya, Nelydia apabila hubungan cintanya dengan hos terkenal, Qushairi Razali (Qi) dipertikai peminat berikutan perbezaan usia yang jauh.

Pun begitu bukan semua tidak suka, ada juga yang ‘merestui’ hubungan itu dan mendoakan kekal hingga ke jenjang pelamin. Bagi Nelydia, soal usia perkara remeh dan tidak wajar dibangkitkan.

Apa yang lebih dipentingkan dia selesa dengan jejaka itu. Lagipun, pada usia pertengahan 30-an, Qi matang dan ada banyak ciri ketua keluarga yang dicarinya.

“Biarlah orang bercakap apa pun. Masing-masing ada pandangan sendiri dan saya tidak dapat menghentikan mereka daripada terus berfikiran ataupun berkata bahawa kami tidak sepadan.

“Pada saya, jarak usia 10 tahun bukan masalah kerana apa yang lebih penting adalah keserasian. Dia lelaki yang matang dan bertanggungjawab. Ciri-ciri yang ada padanya itu sudah memadai bagi saya,” kata Nelydia Senrose sambil menamatkan perbualan.

Sumber : kezoom.blogspot.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved