GEMPAR!!! Kerajaan Cadang Naik Harga Gula

on Sunday, 22 September 2013


SEGAMAT: Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata: "Sehingga ini,
bilangan penghidap diabetes di negara ini meningkat kepada 2.6 juta atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam
makanan dan minuman," katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen

kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap, di sini.

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada
negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Sehingga ini, katanya, dilaporkan terdapat 16,000 pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat antara 40 hingga 50 orang setahun.

Beliau turut mencadangkan pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved