Edry KRU
EDRY KRU DITUDUH SEBAGAI KAKI CIPLAKEdry KRU Dituduh Sebagai Kaki Ciplak
Komposer Edry Abdul Halim merasakan dakwaan sesetengah pihak kononnya dia gemar menciplak karya luar setiap kali menghasilkan lagu disifatkan mengarut. Edry, 37, berkata, dia tidak mahu mengambil kritikan itu secara serius dan menganggap mereka yang bercakap tidak tahu apa-apa mengenai bidang muzik. "Saya rasa, dakwaan sebegitu bukan sahaja berlaku pada diri saya tetapi juga komposer-komposer lain.
Apa yang mereka dakwa itu mengarut. Hairan dibuatnya apabila mereka boleh katakan lagu 'A' sama dengan 'B' atau lagu 'C' sama dengan 'A'. "Tahukah mereka bahawa dalam muzik ada 12 nota sahaja? Maka ia akan ditukar-tukar dan semestinya akan ada yang kedengaran hampir sama dengan lagu yang sedia ada serta karya yang dicipta. "Bagaimanapun ia sedikit pun tidak mengganggu kerja saya dalam menghasilkan pelbagai karya lagu," katanya.
Tambah Edry dia juga menyifatkan kritikan kononnya dia menciplak lagu itu timbul apabila masyarakat kini bebas bersuara menerusi laman-laman sosial walaupun mereka kurang berpengetahuan di bidang muzik. "Rasanya, boleh dikatakan semua lagu yang saya buat dikatakan ciplak. Saya malas dah nak layan," ujarnya. Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu, Edry telah menghasilkan sebuah lagu tema filem Vikingdom berjudul Dark Clouds yang dibawakan oleh kumpulannya sendiri, Mojo. Menurut Edry, lagu tersebut merupakan antara hasil karya yang mengambil masa lama iaitu tiga bulan pembikinan dan ia salah satu langkah memperkenalkan Mojo di mata dunia.
Sumber : mStar
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment