Aweera Akui Di Sabotaj Rakan Sendiri

on Saturday 31 August 2013

Aweera, 22 tahun, vokalis kumpulan Mojo telah berhadapan dengan pengalaman pahit dalam hidupnya apabila beliau telah diisytiharkan muflis. Perkara itu tersebar menerusi satu notis yang telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar pada 11 Julai lalu.


Berkesempatan bertemu dengannya semasa majlis rumah terbuka anjuran KRU Studios di Cyberjaya baru-baru ini, pelantun lagu Andaiku Bercinta Lagi itu enggan mengulas lanjut.

Menurut Aweera, dia mahu semua permasalahan yang melanda dirinya itu diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan kepada mana-mana pihak.

"Saya ingin memohon maaf kerana tidak boleh bercerita dengan lebih mendalam. Apa yang boleh saya katakan, ia masih lagi dalam proses untuk diselesaikan.

"Ketika ini saya masih lagi berbincang dengan pihak bank dan mencari jalan supaya perkara ini dapat diselesaikan. Kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, barulah saya akan buat kenyataan.

Ketika ditanya tujuan beliau membuat pinjaman tersebut. Menurut Aweera, perkara ini sebenarnya terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum, namun ia merupakan pinjaman peribadi yang dibuat ketika beliau berusia 19 tahun dan sudah bekerja di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di unit kebudayaan.

Tambah beliau lagi, semasa bekerja dahulu memang ada rakan sekerja yang mempunyai hasad dengki. Aweera mengakui semua yang terjadi ini akibat daripada sabotaj oleh rakan sendiri.

Jadi, untuk menghilangkan rasa tekanan yang dialami itu, Aweera lebih fokus kepada kerja. Beliau juga tidak mahu terlalu memikirkan sangat tentang perkara itu dan berharap semuanya dapat diselesaikan.

Sumber : kezoom.blogspot
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved