Tak Mahu Kisah Peribadi Dijaja

on Thursday, 4 July 2013




Pelakon kacak, Aiman Hakim Ridza yang baru-baru ini telah memenangi gelaran Artis Baru Lelaki Popular bersempena dengan ABPBH 2012 telah memberitahu bahawa dia tidak mahu kisah peribadinya dijadikan sebagai tajuk utama untuk melariskan dirinya dalam industri hiburan tanah air ini.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama ‘Vanilla Coklat’ ini, dia berpendapat bahawa biarlah bakat dalam dirinya saja yang dijadikan bahan utama untuk disampaikan kepada peminat-peminatnya di luar sana.

“Biarlah orang mengenali diri saya melalui bakat lakonan dan nyanyian yang saya ada ini. Tidak perlulah untuk saya bercerita mengenai hal peribadi saya kepada umum. Lagipun tidak ada apa yang menarik, salah bercakap mungkin akan timbul pula spekulasi yang bukan-bukan,” katanya ketika ditemui di Majlis Seindah Ramadhan TV3, baru-baru ini.

Gosip mula timbul apabila dirinya dikaitkan dengan seorang artis wanita yang mengatakan mereka berdua sedang hangat dilamun cinta. Cerita ini mula tersebar apabila dia mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar tempatan. Jelas Aiman, itu adalah gimiknya semata-mata untuk mempromosikan drama lakonannya bersama aktres tersebut.

“Sebenarnya tidak ada isu yang timbul mengatakan saya bercinta dengannya tetapi mungkin orang salah anggap dan mendakwa saya bercinta dengannya, walhal kami masing-masing sibuk mempromosikan drama kami kepada peminat. Jangan salah sangka, kami tidak seperti apa yang anda sangkakan. Saya berharap dengan penjelasan ini boleh menghentikan spekulasi ini,” katanya.

sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved