Jasmin Hani Tidak Mahu Teruja

on Thursday, 4 July 2013



Setelah kandungannya mencecah 16 minggu, baru pelakon dan pengacara Yasmin Hani Richardson mengumumkan tentang kehamilannya melalui laman sosial Instagram. Menurut Hani, dia tidak mahu terlalu teruja bercerita tentang kehamilan tersebut kerana bimbang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya tak mahu menjadi seorang ibu yang terlalu teruja kerana ketika itu kandungan masih baru dan belum kuat. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan ia tidak baik untuk ibu dari segi emosi”, kata Hani.
Tidak mengalami sebarang alahan sejak awal kehamilannya, kata Hani dia cuma mengalami perubahan ‘mood’ yang tidak menentu.

“Saya okay sahaja. Kesian pada orang lain yang terpaksa berdepan dengan ‘mood’ saya”, kata Hani berseloroh.
Tambah Hani, dia dan suami tidak kisah dikurniakan anak lelaki atau perempuan, namun yang penting bayi yang dijangka lahir pada bulan November nanti sihat. Hani yang baru pulang bercuti di Bali, Indonesia bersama suami selama 10 hari begitu teruja bercerita tentang percutiannya yang kini disinari dengan kehadiran ‘orang ketiga’.

“Sudah beberapa kali saya ke Bali, tapi percutian kali ini lebih seronok. Rupanya ada banyak lagi tempat yang belum diterokai di Bali. Tambahan pula, percutian kali ini kami bukan saja berdua tapi sekarang bertiga”, katanya.
Terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem ekoran keadaannya yang kini berbadan dua, namun Hani masih sibuk mengacara majlis. Selain itu, Hani dan rakan-rakannya The Celepets sedang sibuk dengan program realiti Celebrity Reel dimana ia hanya akan ditayangkan kepada mereka yang melanggan.

“Program realiti seperti Celebrity Reel ini pertama kali di Malaysia di mana hanya penonton yang melanggan melalui telefon pintar mereka yang dapat menonton rancangan ini”, kata Hani.
Bagi yang berminat melanggan program realiti Celebrity Reel, hantarkan SMS ON CLPT ke 33887.

sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved