Rayuan minta nyawa sia-sia

on Monday 22 July 2013


Georgetown: Rayuan seorang lelaki agar dia dilepaskan ketika diserang dan ditetak sekumpulan penjenayah
langsung tidak diendahkan dalam satu kejadian di Lebuh Rambai, Air Itam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, G Surintheran, 24, mangsa ditetak di badan, kepala dan tangannya.

Akibatnya, selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), mangsa meninggal dunia.
Menurut sumber, sebelum itu, mangsa bersendirian di belakang sebuah kedai aksesori kereta sebelum dia dihampiri sekumpulan lelaki yang menunggang motosikal.
“Kumpulan lelaki terbabit bersenjatakan parang terus mengejar dan menetak mangsa bertubi-tubi.


KUMPULAN paramedik memberi rawatan kepada Surintheran sebelum meninggal dunia dua jam selepas dirawat di HPP.

sumber : http://aniekelate.blogspot.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved