Abby Mengaku Nikah Di Thailand

on Monday 22 July 2013

“Ya saya bernikah di Thailand. Tak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah. Begitulah kata Abby ketika menjawab soalan diajukan media.


“Cuma saya perlu selesaikan beberapa isu yang berbangkit,” Tambah pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berhubung pernikahan keduanya dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, 9 Julai lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut ibu kepada tiga anak itu dan suaminya yang berasal dari Tumpat, Kelantan dinikahkan di selatan negara jiran.

Pasangan itu bertemu di sebuah pasar raya di ibu negara sebelum mengambil keputusan bernikah selepas dua minggu berkenalan.

Kisah mereka mula mendapat perhatian media apabila Abby menerusi akaun Instagram Jumaat lalu memuat naik gambar kemesraannya bersama Farhan dan mengumumkan sudah 12 hari bergelar isteri lelaki itu yang lebih muda darinya.

Mengulas perkara itu, Abby Abadi dan suaminya ketika ditemui pada ceramah kempen pilihan raya PAS di Kampung Jerat Cina, di sini berkata, dia enggan membesarkan perkara itu kerana bimbang mendatangkan masalah kepada rumah tangganya.

“Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah SWT, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik, jadi untuk dengan manusia pula sekarang inilah saya patut terangkan.

“Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa.

“Kalau kita nak sibuk manusia punya pandangan apa yang patut kita buat untuk puaskan hati semua pihak memang payah, jadi kita dulukan Allah SWT tak ada masalah langsung untuk saya selesaikan,” katanya.

Bekas isteri kepada aktor Norman Hakim itu berharap perkahwinannya dengan Farhan akan menutup pelbagai spekulasi yang melanda sepanjang lima tahun bergelar ibu tunggal.

“Saya hanya mengharapkan kebahagiaan dunia dan akhirat,” katanya.

Sementara itu, Farhan yang juga anak sulung daripada lima beradik berkata, mereka kini menetap di rumah Abby di Taman Melawati, Kuala Lumpur, manakala keluarganya tinggal di Bukit Antarabangsa.

“Di kampung di Kok Pasir, Tumpat cuma ada datuk dan nenek serta dua adik, manakala mak dan ayah dan adik kedua saya menetap di Bukit Antarabangsa.

“Mengikut rancangan, majlis persandingan akan diadakan di rumah pihak perempuan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini dan majlis di Tumpat pada 6 September depan,” katanya.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved