Nafi Keluar MIG

on Tuesday, 2 July 2013




Pelakon cantik, Intan Ladyana menafikan khabar angin mengatakan dia telah membuat keputusan untuk keluar dari syarikat pengurusannya, Meltrowealth International Group (MIG). Intan ketika ditemui menjelaskan yang kontraknya masih tinggal lebih kurang 3 tahun lagi bersama pengurusan tersebut.

“Setakat ini saya tidak mempunyai sebarang aduan yang ingin dibuat terhadap MIG. Mungkin ramai yang keluar dari MIG kerana mereka mempunyai isu dengan syarikat pengurusan. Jika saya ingin berubah angin pun bukan dari segi syarikat pengurusan, sebaliknya dari aspek kerja saya sendiri,” kata Intan ketika ditemui di majlis Seindah Ramadan anjuran TV3 di Restoran Al-Rawsha, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Intan menambah yang pengalaman diperoleh dari segi kerja, dan bukanlah syarikat pengurusan. Malah dia turut menjelaskan yang dia banyak diberikan tawaran dari syarikat produksi luar melalui MIG sendiri.

Umum mengetahui pengarah urusan MIG David Teo agak tegas sekiranya artis di bawah naungan syarikatnya bercinta, namun Intan dan Kamal yang bernaung di bawah pengurusan yang sama mendapat kelonggaran serta kebenaran dari bos mereka.


sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved