Aizat Nafi Bercinta Dengan Zee Avi

on Tuesday, 2 July 2013


Penyanyi muda ini jarang terlibat dengan mana-mana gosip yang mengatakan dia sedang bercinta atau berkasih dengan mana-mana perempuan. Namun, sejak kebelakangan ini timbul pula gosip yang mengatakan penyanyi berbakat besar, Aizat sedang bercinta dengan seorang artis yang kini sedang gah menempa nama di Amerika Syarikat iaitu Zee Avi.

“Sebenarnya, saya dan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi kami berdua adalah merupakan sahabat baik dan saya ada merancang untuk berkolaborasi bersama-sama dengannya dalam album saya yang akan datang.

Namun, tidak dinafikan bahawa dia seorang wanita yang cantik serta mempunyai suara yang merdu dan lunak, sekaligus membuatkan saya begitu kagum dengannya dan ingin menjadi seperti dia,” kata Aizat.

Jelasnya lagi, sekiranya diberi peluang untuk bersama-sama Zee Avi dan rakannya yang lain seperti Yuna untuk merakamkan album di Amerika Syarikat, sudah pasti dia tidak akan menolak peluang keemasan itu.

                                                 Zee Avi
“Saya berkawan dengan Zee Avi dan juga Yuna adalah kerana ingin menjadikan diri mereka sebagai contoh untuk saya terus berjaya dan mencipta nama bukan saja di lapangan industri muzik Malaysia, bahkan di seantero dunia seperti mereka. Sekiranya diberi peluang untuk mencipta nama di luar negara sudah tentu saya tidak menolak malah cukup berterima kasih kerana diberi peluang sebegitu,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved