Ifa Raziah Jual 7 Jenis Biskut Raya

on Tuesday 9 July 2013


Sempena bulan Ramadan ini, pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah, 38 mengambil peluang menjual kuih atau biskut raya bagi menambah pendapatan.

“Saya menjual kuih dan biskut yang diberi nama ‘Serifa Cookies by Ifa Raziah’. Setiap tahun, saya akan menggaji lebih kurang lima orang pekerja untuk melaksanakan projek jualan kuih raya ini. Saya sudah lapan tahun menjalankan perniagaan kuih raya sempena bulan Ramadan,” jelas Ifa yang pernah muncul dalam drama bersiri istimewa sempena bulan puasa, ‘Seputih Qaseh Ramadan’ yang bersiaran di TV3.

“Ada tujuh jenis kuih yang saya jual. Antaranya ‘Almond London’, ‘Apple Crunchy’, ‘Golden Coconut’, ‘Cappucino’, ‘Tart Gulung’ dan dua kuih raya istimewa iaitu ‘Tart Buah-Buahan’ dan ‘Tart Bunga’. Harganya pula serendah RM30 dan ke atas sahaja,” jelas Ifa yang kini kelihatan lebih langsing kerana telah kehilangan berat badan sebanyak 10 kilogram.

Menurut Ifa, jualan kuih rayanya telah bermula semenjak sebulan yang lalu. Ifa mempromosikan jualan kuih rayanya melalui landasan media sosial seperti Instagram dan Facebook.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan sangat lancar dan minggu ini merupakan minggu terakhir saya menerima tempahan kerana saya telah memulakan proses pembikinan kuih-kuih ini semenjak sebulan yang lalu. Saya memulakan proses promosi kuih-kuih raya ini melalui akaun Instagram dan Twitter saya,” jelas Ifa ketika ditemui di majlis pelancaran segmen ‘Air Tangan Ibu’ di program ‘Wanita Hari Ini’ di Sri Pentas pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Ifa kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama istimewa sempena siaran Hari Raya di RTM berjudul ‘Horey Horey Raya Bersama Tomok’. Selain itu, bulan Ramadan tidak membataskan kegiatan Ifa dalam dunia hiburan. Ifa tetap aktif membuat persembahan dan berlakon sepanjang bulan yang mulia ini di samping penjualan kuih rayanya, ‘Serifa Cookies by Ifa Raziah’.

Bagi peminat yang berminat untuk mendapatkan kuih raya ‘Serifa Cookies by Ifa Raziah’, jangan lupa untuk menghubungi talian 019-3722975 untuk membuat sebarang tempahan. Informasi lanjut mengenai ‘Serifa Cookies by Ifa Raziah’ boleh didapati di akaun Instagram dan Twitter milik Ifa dengan carian @Ifa_Raziah atau anda yang tinggal berhampiran Lembah Klang, dapatkan kuih raya ‘Serifa Cookies by Ifa Raziah’ di Restoran Khizan, milik ibu mertua Ifa yang terletak di Damansara Perdana!
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved