Bayi ditinggal di surau hospital Seberang Jaya

on Wednesday 24 July 2013

Gambar Hiasan


Orang awam yang menunaikan solat Asar di surau Hospital Seberang Jaya (HSJ) di Butterworth petang semalam terkejut apabila menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan surau itu.

Jurucakap polis berkata bayi yang dipercayai berusia tiga bulan dengan berat lima kilogram itu ditemui pada pukul 4.35 petang.

"Ketika ditemui bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan kerana sebelum mereka bersolat bayi berkenaan belum diletak di situ," katanya kepada pemberita, di Butterworth hari ini.

Menurutnya bayi yang dibalut dengan selimut itu ditinggalkan bersama susu, tuala dan baju.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

"Bayi itu berada di HSJ sekarang ini dan dalam keadaan sihat, siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi berkenaan," katanya yang meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
sumber : http://www.malaysiakini.com/bm
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

VICTORY ADVENTURES STORES said...

Knpe la msh ada mnusi y keji buang byi cmtu,kalo tanak,bg je la kt sy nie yg nk anak..Anugerah yg tiada nilainya.dye x dosa pun awak.,


24 July 2013 at 14:39

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved