Selepas 3 tahun berjuang dengan kanser ovari, akhirnya anak perempuan kepada bekas hero Bond, Pierce Brosnan iaitu Charlotte Emily telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 28 Jun lalu, jam 2 petang.
Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Pierce Brosnan.
"Anak saya, Charlotte telah meninggalkan saya buat selama-lamanya akibat penyakit kanser ovari yang dihidapinya. Dia meninggal dunia di sini suaminya, Alex dan anak-anaknya iaitu Isabella dan Lucas.
"Anak lelaki saya iaitu Christopher dan Sean turut ada sama," kata Pierce Brosnan, 60 kepada People.
Charlotte, yang kini berusia 41 tahun, meninggal dunia di London. Dia meninggalkan suaminya Alex Smith bersama anak perempuan berusia 14 tahun dan anak lelaki, 8.
Sebelum ini, ibu Charlotte iaitu Cassandra Harris juga mati akibat kanser ovari. Dia mati pada 1991 ketika masih lagi menjadi isteri kepada Pierce. Sebelum itu, Cassandra pernah kehilangan ibunya di waktu remaja akibat penyakit yang sama.
Sumber : http://www.murai.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment