Akhirnya Wady Hamdan Settlekan Peralatan Pemuzik @KLIA

on Wednesday, 3 July 2013


Rata-rata wakil delegasi Malaysia yang telah dibatalkan penyertaan mereka pada saat-saat akhir untuk mewakili negara dalam Festival World Art Games Ke-3 di Croatia pada 29 Jun lalu melahirkan rasa lega apabila mereka berjaya memperolehi semula barangan dan peralatan mereka yang telah pun tersadai selama beberapa hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kesemua barangan dan peralatan itu berjaya diperolehi semula selepas wakil penganjur iaitu Wady Hamdan mengambil inisiatif untuk mendapatkan semula barangan dan peralatan tersebut di KLIA.

Insiatif itu dilakukan dengan segera selepas Wady Hamdan mendapat tahu bahawa isu tersebut telah pun dapat dihidu oleh pihak media khususnya portal murai.com.my.

"Wady Hamdan sangat marah apabila isu ini keluar di murai.com.my. Dia juga bertanya, siapa yang pecahkan cerita ini kepada Murai. Malah, dia juga beritahu dia mahu saman Murai.

"Tapi, orang-orang yang ada di sekitar tempat itu memberitahu bahawa mereka juga mahu saman dia (wady) atas apa yang terjadi ini. Dia pun tak cakap apa-apa lagi.

"Apapun, ada hikmahnya juga bila cerita ini keluar kerana mahu tidak mahu dia (Wady Hamdan) terpaksa usahakan juga untuk mendapatkan barangan dan peralatan tersebut daripada KLIA.

"Tak tahulah macam mana dia buat, tapi akhirnya semua orang lega kerana barangan dan peralatan itu telah pun diperolehi daripada pihak KLIA pada awal siang tadi dan kemudian ianya dikumpulkan di kawasan padang Merbok.

"Ada ramai pemuzik yang telah pun mengambil barangan dan peralatan masing-masing di padang Merbok. Apapun terima kasih buat Murai kerana membantu kami dalam isu ini," katanya satu sumber memberitahu.

sumber : http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved