Kim Jin Sung Gemar Budaya Malaysia

on Monday, 1 July 2013

Jin Sung yang berasal dari Busan dan dibesarkan di Seoul ini telah 4 tahun menceburkan diri sebagai model komersil dan pelakon di negara kelahirannya dan semenjak dua bulan yang lalu, JS telah datang ke Malaysia untuk mendalami Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung, dia telah terlibat untuk membintangi drama bersiri ini.

“Saya sudah empat tahun terlibat dalam bidang hiburan di sana sebagai model iklan dan pelakon. Tetapi, penglibatan saya lebih kepada dunia peragaan di sana. Sudah dua bulan saya di sini, tujuan saya di sini adalah untuk belajar Bahasa Malaysia dan Inggeris di samping mencari peluang lakonan dan peragaan. Sebelum ini di Korea, saya telah lebih dulu mendalami Bahasa Malaysia selama setahun di Hankook University of Foreign Studies,” tutur JS yang boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia dengan baik.



Mengulas tentang minatnya untuk mendalami Bahasa Malaysia, JS menjelaskan yang Bahasa Malaysia adalah bahasa yang sangat unik. “Di Korea, ada tiga universiti sahaja yang menawarkan pengajian Bahasa Malaysia. Saya rasakan Bahasa Malaysia sangat unik dan istimewa untuk dipelajari kerana negara Malaysia makin lama makin berkembang,” ulas anak muda yang mempunyai ketinggian 186 sentimeter ini.

“Ini adalah kali pertama saya datang ke Malaysia. Saya suka dengan budaya yang ada di sini. Sebelum ini saya selalu menonton animasi dan drama Malaysia. Saya banyak belajar mengenai rakyat Malaysia daripada animasi dan drama yang saya tonton. Saya rasakan Malaysia sangat menarik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian budaya, suku kaum dan juga agama. Saya juga gemar menonton animasi ‘Upin dan Ipin’ dan sebelum ini saya juga pernah menonton lakonan aktor Josiah Hogan ketika saya disana,” ujar JS yang menggemari makanan Malaysia seperti nasi lemak dan mi goreng.

sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved