Kagum Dengan Pengorbanan Ayah

on Monday, 1 July 2013



Sebut saja nama penyanyi popular kelahiran bandaraya bersejarah Melaka, Anuar Zain, pasti mampu membuatkan ramai wanita teruja. Terharu dengan sokongan tanpa henti yang diberikan oleh para peminat, Anuar menganggap merekalah selebriti yang perlu diraikan melalui persembahannya.

“Saya menghargai para peminat dengan mengibaratkan mereka sebagai sahabat. Kita seharusnya menghargai mereka yang memandang tinggi kepada kita dengan memberikan kegembiraan dan kebahagian melalui persembahan saya,” kata Anuar ketika ditemui di majlis pelancaran ABNxcess di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini.

Penyanyi berusia 43 tahun itu berpendapat komunikasi ketika di pentas bersama para peminat begitu penting. Walaupun ramai artis yang menggunakan media sosial sebagai medium untuk dekat bersama peminat, namun Anuar memilih untuk berkomunikasi menggunakan 'eye contact' ketika berada di atas pentas.

Selain itu, Anuar juga sempat berkongsi kenangan manis bersama bapanya, Zain Abdullah. Pelantun lagu ‘Sedetik Lebih’ ini menceritakan yang pelbagai peristiwa telah dikongsi bersama dan bapanya jugalah merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkannya dalam bidang seni.

“Saya masih ingat lagi masa kecil, saya sering memegang tangan ayah saya sehinggalah saya dewasa. Ramai yang malu untuk pegang tangan ayah apabila semakin meningkat remaja namun saya tetap mengekalkan kebiasaan itu,” katanya.

Dia turut menyifatkan bapanya sebagai seorang yang bertanggungjawab kerana walaupun gaji bapanya kecil, namun tidak pernah satu hari pun Anuar dan adik beradiknya ke sekolah tanpa wang belanja. Dia begitu kagum dengan pengorbanan seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak.

sumber : http://www.gua.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved